Aktiviti dan Permainan Ransangan Otak Untuk Si Kecil

Bayi seusia sebulan sudah mampu respon dan tersenyum bukan? Seronok bukan main mak dan ayah berbual dan mengagah bayi, happy moments together 😍

Nak tahu tak, jika bayi dilatih dan menerima ransangan dari awal, ini boleh meningkatkan kecerdasan dan kesihatan otak bayi, yeayyy, best kan! 😁😁😁

Macam mana tu? Haa, pilihla permainan berpendidikan (educational toys) yang boleh kita gunakan ketika bermain dengan si kecil. Bukan saja anak kita terhibur, dengan izin-Nya jadi bijak sekali! Jom kita tengok contoh permainan yang disyorkan oleh pakar.

1. Mainan dengan rupa yang berwarna-warni

Warna yang menarik tentu sekali dapat menarik perhatian dan minat si kecil untuk lebih berminat dan fokus untuk meneroka permainain itu, betul tak? Haa, sambil-sambil menyusun tinggi, permainan seperti ini sangat ringan untuk dipegang oleh si kecil dan tahan lasak walaupun dilempar oleh anak kita.

2.Permainan yang berpusing-pusing

Permainan yang boleh dibawa ketika travel dan bersifat “mobile” ini sangat sesuai dipasang pada carseat bayi ataupun baby cot bayi anda. Lebih menarik jika permainan tersebut dapat keluarkan muzik atau bunyi yang menarik yang dapat membantu bayi terhibur dan leka. Yang penting dapat membantu menstimulasi visual bayi.

3. Mini-Garaj

Permainan ini sangat disukai oleh kanak-kanak lelaki. Ayah-ayah sekalian bolehla mengisi masa bersama anak bujang sambil bercerita lebih lanjut mengenai kereta, kelajuan, peraturan dan macam-macam lagi la. Sambil berlakon bunyi “racing”, anak-anak juga seronok menghabiskan masa bersama-sama ayah.

4. Objek kegemaran 

Perasan tak? Antara barang kegemaran si kecil yang sering menjadi rebutan bersama ibu dan ayah adalah TV remote, kunci kereta dan juga telefon bimbit..betul tak? hahaha..😂 Jadi, kita boleh gantikan dengan permainan yang menyerupai ketiga benda ini untuk diberikan kepada si kecil. Jadi, lebih selamat dan tiada risiko kerosakan untuk barang sebenar kan? 😁 Sambil-sambil tu, kita boleh perkenalkan “role play” dengan si kecil untuk meningkatkan komunikasi mereka.

5. Permainan ketika mandi

Haa, anak kecil menjerit dan fobia jika diajak untuk mandi pagi atau petang? Jom jadikan rutin mandi harian mereka menjadi lebih seronok dan menghiburkan. Bawa sekali permainan yang bersesuaian untuk menemaninya mandi, boleh juga berikan mereka kuasa untuk memilih dengan gembira. Tapi, jangan terlalu lama menghabiskan masa di dalam tandas, risau nanti anak kecil kesejukan pula ☺

6. Tunggang dan tolak

Nak latih anak berdikari lebih awal? Ya, walaupun si kecil hanya berusia 2 atau 3 tahun, kita dah boleh menyemai bibit-bibit berdikari untuk mereka. Ibu-ibu boleh sediakan bag peribadi untuk si kecil yang boleh ditunggang seperti ini. Beri mereka keputusan untuk membawa sedikit permainan ketika travel. Sambil-sambil menunggu flight departure atau check in hotel, bolehlah si kecil melayan diri dan berseronok dengan Trunki ini kan?

7. Permainan masak-masak

Ketang-ketung ketang ketung si kecil main sudip dan kuali kita. Diusung kesana kemari kuali yang tak berapa nak cantik dan berat tuh. Jom kita hadiahkan set perkakas dapur yang lebih kecil dan comel, sesuai untuk mereka bermain. Perkakas dapur juga salah satu permainan yang dapat meningkatkan komunikasi daripada aktiviti “role-play”.

8. Sayur dan buah-buahan

Ibu bapa boleh sediakan soft toys sayur-sayuran dan buah-buahan untuk digunakan sebagai mainan masak-masak. Bukan sahaja dapat memperkenalkan anak-anak tentang makanan yang sihat secara tidak lansung. anak-anak juga belajar untuk mengenal rupa sebenar sayur-sayuran dan buah-buahan di pasar.

Menarik kan? Semua ini adalah antara permainan yang menjadi pilihan saya juga untuk anak-anak. Permainan tak perlu banyak, yang penting ada tujuan kita membelinya. Jangan membeli permainan untuk anak-anak hanya sekadar hiburan, tanpa tujuan pendidikan sebenar. Jom kita usaha untuk melakukan yang terbaik untuk anak-anak tersayang 😍

Leave a Reply