Pendaftaran Murid Tahun 1 Sesi 2020/2021 Secara Online

Perhatian !! Perhatian !!!

PENDAFTARAN UNTUK MURID TAHUN 1 SESI 2020 / 2021 telah dibuka secara online bermula 1 Mac 2019.

 

Permohonon ini dibuka dari ✅1 Mac sehingga 30 April 2019.

Okay, pendaftaran dalam tempoh ini HANYA untuk kanak-kanak yang:

 Lahir pada 2013 (berumur 6 tahun pada 2019);
 Lahir pada 2014 (berumur 5 tahun pada 2019); atau
 Lahir pada 1.1.2015 (berumur 4 tahun pada 1.1.2019).

Pendaftaran murid Tahun 1 ambilan 2020/2021 secara online terbuka untuk pemohon di Semenanjung Malaysia termasuk Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Cara Permohonan Murid Tahun 1 Sesi 2019/2020 

Pendaftaran secara online boleh dilakukan menerusi laman web Sistem Pendaftaran Atas Talian (SPATKPM) Kementerian Pendidikan Malaysia.

1. Pemohon perlu layari Laman Web melalui pautan seperti berikut:
KLIK: 👉 https://public.moe.gov.my/

2. Setelah masuk ke laman web berkenaan, klik pada “Pengguna Baru” (seperti box merah) di bawah. Guna No. Kad Pengenalan (ibu atau bapa) dan Kata Laluan.

  • Jangan lupa catat No Kad Pengenalan dan Kata Laluan sebelum terlupa okay..hehe

3. Klik “Permohonan Baru” seperti dalam box di bawah:

 

3. Teruskan mengisi maklumat borang pendaftaran yang diminta seperti maklumat prasekolah/tadika, profil kesihatan dan rekod imunisasi anak (Sila pastikan anda merujuk kepada jadual imunisasi dalm rekod kesihatan anak anda untuk menulis tarikh imunisasi terbabit). Isi semua maklumat dengan lengkap sehingga halaman terakhir untuk klik “HANTAR”

4. Setelah selesai, cetak BORANG PERMOHONAN yang telah lengkap diisi beserta BORANG PERSETUJUAN PERKHIDMATAN KESIHATAN DAN IMUNISASI (Jangan lupa tandatangan daripada ibu/bapa/penjaga).

5. Sediakan dokumen-dokumen berikut (dokumen asal + 1 salinan) untuk dibawa bersama-sama borang permohonan yang telah dicetak ke sekolah yang dipohon untuk proses Perakuan.

▶ Sijil lahir anak/ sijil anak angkat (bawa dokumen asal)
▶ Kad pengenalan ibu bapa/ penjaga (bawa dokumen asal)
▶ Surat nikah/ surat cerai (bawa dokumen asal)
▶ Bil (Elektrik/Air/Internet) yang terkini yang mempunyai alamat tempat tinggal
▶ Laporan doktor & kad OKU (jika berkaitan)

**** ▶  Bawa 2 sampul surat beralamat sendiri dan siap dengan setem (Ada yang sekolah sediakan, hanya perlu bayar, untuk sekolah yang saya pohon, harus sediakan sendiri)

Info: Semua salinan TIDAK perlu pengesahan oleh pegawai kerajaan dsb. HANTAR SEMUA DOKUMEN DALAM MASA 2 MINGGU SELEPAS PERMOHONAN SIAP DIISI ONLINE.

6. Selesai hantar ke sekolah, pastikan pihak pejabat sekolah telah meletakkan cop no Bil Daftar di belakang Sijil Lahir anak Tuan/Puan:

Untuk semakan semula selepas hantar dokumen, boleh klik pada “Semak Permohonan” seperti gambar kedua di atas.

Itu sahaja untuk proses permohonan.

++++++++++++++++++++++++++++

Semakan Permohonan Murid Tahun 1 2020/2021 Online

Info: Semakan keputusan pendaftaran murid Tahun 1 kebiasaannya boleh dibuat sekitar bulan Julai atau Ogos (pada tahun yang sama > 2019). Semakan dibuat dalam laman web yang sama.

++++++++++++++++++++++++++++

Selamat membuat permohonan murid Tahun 1 sesi 2020/2021 😁 InsyaAllah nanti saya share step seterusnya jika permohonan kita di sekolah terbabit diterima dan jika tidak, kita boleh lakukan proses rayuan. Terima kasih kerana membaca dan jangan lupa kongsi dengan kawan-kawan ya.

Spread ❤

Leave a Reply