Petua Anak Tidur Awal Ibu Bapa Boleh Amalkan

Kenapa anak perlu tidur awal?

“Tidur yang mencukupi dan berkualiti amat penting untuk proses tumbesaran kanak-kanak, seterusnya memastikan anak-anak kekal cergas sepanjang hari dan lebih cerdas perkembangan minda. Masalah kekurangan tidur boleh memberi efek psikologi seperti mudah tantrum, kurang aktif di siang hari, kurang fokus di sekolah dan juga akan berasa letih sepanjang hari”

1. Mula latih anak tidur awal sejak kecil

Sebenarnya, kanak-kanak sangat sukakan rutin. Latih anak kita waktu tidur yang tetap supaya dia dah terbiasa dengan waktu tersebut. Contohnya, jika anak biasa tidur pukul 9.30 malam, kita boleh pastikan mereka konsisten dengan waktu tersebut. Kebiasaannya, walaupun berada di luar rumah, mereka tetap akan terasa mengantuk dan mula merenget untuk tidur. Jadi, elakkan membawa anak keluar pada waktu malam sehingga mengganggu rutin waktu tidur mereka. Jika anak yang sudah boleh mengenal nombor, kita boleh memberitahu yang dia perlu masuk tidur bila jarum jam menunjukkan pukul 9.

2. Makan malam awal dan jangan makan makanan manis

Perut yang kenyang boleh membuat anak-anak gembira kan? Jadi, ibu bapa haruslah memastikan anak-anak makan dengan kenyang ketika makan malam supaya mereka tidak lapar dan mencari makanan sebelum tidur. Amalkan waktu makan malam yang awal (sebelum pukul 8 malam) untuk memberi masa kepada sistem penghadaman untuk berfungsi dengan baik supaya perut mereka tidak sebu semasa tidur. Elakkan jajan, makanan serta minuman manis ketika makan malam ataupun desserts supaya anak-anak tidak hiperaktif pada sebelah malam.

3. Kurangkan tidur siang hari

Bagi kanak-kanak yang bersekolah pada sesi pagi, mereka akan mudah keletihan selepas tiba di rumah. Jadi, ibu bapa hanya perlu memberi mereka tidur sekejap (nap) dalam sejam sahaja. Tidur yang terlalu lama pada waktu siang akan menjadikan anak-anak lebih aktif pada sebelah malam dan sukar untuk masuk tidur awal kerana mereka sudah mendapat rehat secukupnya.

4. Sediakan jadual aktiviti harian 

Selain itu, ibu bapa juga boleh membuat jadual harian anak-anak bermula dari waktu pagi sehingga waktu malam. Hasilkan jadual yang kreatif dan menarik bersama-sama dengan anak supaya mereka dapat memahami tujuan sebenar jadual tersebut disediakan dan ia perlu diikuti setiap hari.

5. Banyakkan aktiviti fizikal di waktu petang 

Anak-anak yang melakukan aktiviti fizikal pada siang hari dan sentiasa aktif pasti akan cepat letih dan perlukan rehat kan? Jadi, ibu bapa hendaklah memastikan anak-anak bermain di waktu petang seperti ke taman permainan, berlari-lari di sekitar kawasan rumah, bermain bola atau basikal, serta aktiviti-aktiviti lain yang boleh mengeluarkan peluh dan membuat mereka lebih aktif di siang hari. Dengan ini, mereka akan berasa letih dan mahu masuk tidur awal kerana sudah kepenatan selepas puas bermain.

6. Suasana bilik yang sesuai dan mendamaikan 

Suasana dapat membentuk mood kanak-kanak. Jadi, ibu bapa haruslah memastikan yang anak-anak berasa selesa dengan suasana dalam bilik tidur. Keadaan dalam bilik haruslah kemas dan teratur, bantal yang empuk, wangi dan katil yang lapang. Sediakan ruang tersendiri untuk mereka (bersama teddy bears / selimut / bantal kegemaran) supaya mereka merasa seronok untuk tidur.

8. Amalkan rutin tidur 

Antara rutin sebelum tidur yang boleh menjadi ikutan, dimulakan dengan berus gigi serta membuang air kecil atau salin diaper untuk baby. Setelah itu, ibu bapa boleh bermesra bersama anak-anak dengan membacakan mereka buku cerita (bed-time stories) dan kemudian memasang alunan bacaan Al-Quran, menyalakan lampu tidur, dan seterusnya membaca doa tidur. Kanak-kanak sangat sukakan sentuhan sebelum tidur, jadi ibu bapa hendaklah memberikan pelukan erat, bersalaman, bisikan doa ke telinga mereka serta kucupan sebelum tidur. InsyaAllah, anak-anak lebih gembira dan seronok secara psikologinya.

7. Aromaterapi untuk tidur

Dalam lampu yang kelam, aromaterapi turut membantu anak-anak untuk tidur lebih lena. Ada juga sesetengah anak-anak kecil yang kerap mengigau dan menangis di tengah malam. Jadi, dengan bantuan aromaterapi, anak-anak akan tidur lebih lena tanpa gangguan. Terdapat pelbagai jenama essential oils di pasaran dan akses google untuk rujukan “resepi tidur lena” yang sesuai untuk dgunakan.

Set Sweet Dreams (kombinasi Sleep Time balm dan Calm Time balm) daripada Tasneem Naturel sesuai digunakan untuk seisi keluarga, newborn sehingga orang dewasa.

Ini antara tips yang saya amalkan untuk anak-anak. Dalam memastikan kaedah ini berkesan, ibu bapa haruslah kekal konsisten. Ada waktunya, ibu bapa perlu bersifat sedikit tegas untuk memberi arahan kepada anak-anak supaya tidur awal. Niat ini adalah untuk kebaikan anak kita sendiri. Adakah anda mahu anda lesu dan murung sepanjang perjalanan ke sekolah? Atau anda ingin melihat anak yang ceria di waktu pagi dan cergas ke sekolah setiap hari?

Oleh itu, jom kita ubah dan perbaiki rutin tidur anak kita ke arah lebih baik. Percayalah, ini salah satu cara kita mendisiplin anak-anak sejak kecil.

Spread ❤

Leave a Reply